Pengikut

Selasa, 11 Oktober 2011

BELI TIKET NAK MENANG....

 Bola...bola...apa dah jadi ? Itu lah penyakit yang sedang melanda pasukan kita...bukan sekarang tapi dah berzaman..yang jadi mangsa ...JURULATIH

Bukan semua pemain boleh jadi seorang jurulatih yang baik...dan bukan senang nak mengurusakan satu pasukan...pasukan kampung pun ada masalahnya ni kan pula pasukan negara.

Sebagai salah seorang pemain dan individu yang mempunyai sijil jurulatih dari FAM, saya amat masak dengan bidang ini..apa tak nya dalam pasukan ada bermacam pemain dengan perangai masing-masing, yang paling ketara pemain yang suka menganggukkan kepala di depan tetapi di belakang dan di padang lain...malahan suka mengajak pemain lain ikut serta...bukan semua pemain bermain kerana minat, kerana sukan dan kerana negara...so pihak pengurusan perlu peka.

Bagi para peminat semua...janganlah  membeli tiket semata-mata nak kan kemenangan saja...kalau susah-susah pergi sarung jersi tu baru tahu macam mana.azabnya mewakili negara.

FAM perlu meneliti betul-betul cara pengendalian sesuatu pasukan dari negara maju...kita tak perlu pemain bertaraf dunia yang ramai jika cara pengendalian tidak setaraf antarabangsa.

Masih banyak lagi yang perlu di perbaiki dan yang penting JANGAN LAH BILA MENANG DI SANJUNG DAN DI JULANG...BILA GAGAL DI KRITIK DAN DI BUANG.

Ingat lah semua mereka yang terlibat..Pengurusan, Pemain dan Peminat....berilah masa yang mantap dan berkualiti walaupun sesaat dan bukan masa yang  hambar tak bermaya walaupun bertahun.
MAJULAH SUKA UNTUK SEMUA....(teringat masa-masa di padang dulu...seronok).