Pengikut

Khamis, 29 September 2011

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

#ChurpChurp memyediakan banyak ganjaran untuk anda dengan menyertainya dan memperkenalkan kawan.

http://www.churpchurp.com/coachnike28/share/churpchurp-invite?utm_source=social_btn&utm_medium=sharing

BERBAKTI KE IKUT HATI ??

Salam buat semua, tangan ni rasa tak boleh diam kalau tak menaip.

Cuba lah kita lihat papan tanda had kelajuan ini. Ini lah rakyat 1MALAYSIA, rasa nya banyak lagi papan tanda yang menerima nasib yang sama dan berbagai cara telah di lakukan oleh kerajaan tempatan untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.




Tapi lain pula yang berlaku kepada papan tanda ini, jika di teliti ianya di adakan kerana ada kawasan sekolah di hadapan, dengan jalan yang lurus...kelajuan kenderaan di sini ada yang mencecah 100km sejam.

Tapi kenapa boleh jadi begini ?...tindakan penduduk setempat seolah-olah membelakangkan sikap sayang kan anak mereka atau lebih tepat lagi nyawa anak mereka....Ya la, zaman ni zaman mengejar masa...jika lambat akan mengalami kerugian ratusan ringgit..." MASA ITU EMAS"

Mungkin ada rakan blog yang menunding jari dan mengatakan anak muda yang melakukan perkara ini...tapi cuba lihat foto yang lain....apa yang dapat rakan blog rumuskan..?


Ya...ini lah jawapannya, kerana sayangkan duit dan ingin berbakti kepada pemandu lain, mereka sanggup berbuat demikian. Mungkin mereka boleh memberi alasan bahawa papan tanda tidak jelas apabila menerima surat saman nanti. Saya di fahamkan lokasi ini telah menjadi satu lokasi yang selalu diadakan perangkap laju, dalam seminggu, dua atau tiga kali mereka akan bertugas.

Kepada pegawai bertugas diucapkan jutaan terima kasih kerana menjalankan tugas dengan sabar walau pun kehadirannya tidak di senangi penduduk setempat. BAKTI ANDA UNTUK KESELAMATAN SEMUA TERUTAMA ANAK-ANAK SEKOLAH AMAT DI HARGAI.

SIAPA YANG SHOPPING .ABAH KE MAMA ?

Hi...dah nak dekat hujung minggu...biasanya pada cuti rehat begini ramai ibubapa akan membawa anak-anak pergi bersiar-siar. Sama juga macam saya...minggu lepas saya sempat juga pergi makan di salah satu pusat membeli belah yang agak popular juga lah. Saja nak ubah selera makan.

Apa yang menarik nya kali ini, perkara yang nak saya kongsikan adalah...lihat foto dulu lah ya. Macam biasa saya ada rakam bahan nya.





Pelik kan, macam tak ada apa yang menarik...cuba teliti sekali lagi. Ya betul..ni foto pintu surau di pusat membeli belah tersebut. Foto ini di ambil pada waktu solat zuhur.

Kita sangka kaum hawa hanya sibuk nak shopping je...tapi ternyata salah...mana perginya kaum adam, malu saya melihat keadaan ini, hanya seorang je ??. So fikir-fikir kan lah.