Pengikut

Rabu, 28 September 2011

ANUGERAH ATAU MERIAH.

31 August dan 16 September baru saja meninggalkan kita, dalam kemeriahan kita menyambut hari bermakna ini ada juga pihak-pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dan ada juga yang memberi penghargaan dalam bermacam bentuk hadiah dan pengiktirafan.

Macam biasalah cuba rakan blog lihat keratan akhbar kita hari ini.....




Sekali pandang ia merupakan salah satu cara yang telah berjaya di anjurkan untuk menghargai semangat mereka yang benar-benar mencintai MALAYSIA. Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur dan para pemenang.

Tapi saya rasa perkara ini boleh di perluaskan lagi....kenapa saya berkata begini ?

Mengiklankan nama pemenang di dada akhbar adalah salah satu daripada sumbangan yang amat berkesan kepada para pemenang kerana ianya boleh memberi semangat kepada rakyat dan badan berkanun untuk lebih minat menyertai acara menghias tempat mereka dengan semangat kemerdekaan.

Kenapa saya berkata demikian.....berpandukan kepada gambar di keratan akhbar diatas, tidak boleh kah pihak akhbar memberi ruangan yang agak besar supaya mereka yang menang merasa bangga dan di kenali, secara tak langsung, bagi mereka yang kurang bernasib baik akan mencuba sedaya upaya tahun hadapan sebab nak keluar akhbar....bukan senang nak tengok gambar pemenang dan bangunan keluar akhbar.

Bagi akhbar-akhbar tempatan, sekali dalam setahun apa salah nya bagi ruang ini ,walaupun tidak mendapat apa-apa bayaran, tapi harus di ingat bahawa ini adal ahsalah satu sokongan untuk menjayakan sambutan Kemerdekaan .....cuba kita lihat sekeliling, dulu kalau nak merdeka kita berebut-rebut nak beli bendera nak letak di kenderaan tapi sekarang boleh di kira dengan jari....so fikir-fikirkan lah.