Pengikut

Selasa, 13 Disember 2011

WIRA REMAJA......ANAK IBU

Apa agaknya berita yang menarik dari keratan akhbar dibawah ini hingga  mengerakkan hati saya untuk membuat entri pada hari ini dan dikongsi dengan rakan blog semua.

Melihat kepada tajuk keratan akhbar kali ini macam nak pergi bercuti saja, sebab terjun kolam...tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.....sebelum saya terus menulis, izinkan saya mengajak rakan blog semua membacakan AL Fatihah kepada mangsa dalam kemalangan yang berlaku di Kuala Pilah ini. Semuga roh Suzimah Shuhaimi di tempatkan bersama orang-orang yang di kasihi.

Harapan saya buat semua pemandu di luar sana, berhati-hati lah bila memotong kereta, jangan lah kerana silap perhitungan kita kehilangan nyawa. Kenderaan di hadapan kita , di belakang kita dan yang bertentangan arah belum pasti akan bertimbang-rasa untuk mengalah bila kita tersilap bila memintas kenderaan. Mereka juga mungkin tidak perasan dengan kehadiran kita di sebelah.

Sementara itu ada dua perkara menarik hati saya dalam cerita ini......

Pertama adalah tentang liputan serta tulisan pemberita dalam akhbar ini. Entah lah menjadi tanda tanya kepada saya mana yang betul....petikan dalam akhbar ini mengatakan " wanita terkulai di tempat duduk belakang dengan badannya terbelik tali pinggang keledar" .....tetapi apabila saya terus menbaca berita ini...ada tercatat bahawa mangsa memandu keseorangan....jadi dengan tali pinggang terikat tidak mungkin mangsa memandu dari tempat duduk  belakang...???? so mungkin tersilap taip atau mungkin kerusi pemandu tercabut dan melekat di tempat duduk belakang, dan satu lagi mungkin mangsa tak pakai tali pinggang keledar dan tercampak ke tempat duduk belakang.....entah mana satu betul......pelik sikit membuat saya tertanya-tanya....siapa ada jawapan boleh bagi comment ya....


Perkara kedua yang menarik hati saya adalah dengan keberanian yang di tunjukkan oleh dua orang remaja yang sanggup terjun kedalam kolam tersebut semata-mata ingin cuba menyelamatkan nyawa mangsa . Syabas Adik MIKAIL MALIK (15 tahun) & MOHD IZZAT MOHD NIZAR (16 tahun). Siapa kata remaja kita sudah hanyut dan tidak ada nilai keberanian serta sikap ingin menolong....

WIRA REMAJA....ADIK MIKAIL

Perkara yang ingin di tolong oleh mereka ini bukan perkara yang berani di buat oleh semua orang...tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri, mereka terus terjun dan benda yang ingin di tolong mereka adalah satu nyawa bukannya harta benda.

Yang hairannya mana pergi orang ramai yang lebih dewasa....rasanya jika ada 3 atau 4 orang lagi yang berani macam mereka ini rasanya kerja menyelamat akan menjadi lebih mudah.
 
Walau apa pun Allah lebih menyayangi si mangsa dan sudah ditetapkan kejadian ini berakhir begitu. Semuga adik MIKALI dan adik MOHD IZZAT mendapat balasan yang setimpal dengan niat suci mereka...dan kepada ibubapa mereka saya ucapkan tahniah kerana mereka mempunyai seorang anak yang berjiwa besar dan berani...

2 ulasan:

  1. bangga ngn usaha budak yang nak selamatkan tu... tak ramai punya semangat waja mcm ni...

    BalasPadam