Pengikut

Khamis, 24 November 2011

TUHAN BAYAR CASH....!!!

Bagaimana rasanya perasaan rakan blog semua bila membaca keratan akhbar ini....inilah dia yang dikatakan semangat kesukanan. Wisel penamat telahpun dibunyikan dan pingat emas pun dah tergantung dileher pemain kita...apa yang mereka nak lagi.?...saya rasa mereka ni tak payahlah diajak bertanding dan diberi ruang untuk datang kesini....itulah luahan hati bila dah marah.....
Tapi semua ni gara-gara terlalu ikut kan hati...dan di sebabkan nila setitik habis susu sebelanga...di harap pihak kedutaan kita mengambil tindakan berjaga-jaga dan memantau perkara ini sebelum apa-apa perkara yang tidak di ingini berlaku kepada rakyat kita.

Buat rakyat Malaysia yang budiman...janganlah kita ikut perangai mereka ini. Janganlah kita membalas dendam kepada rakyat mereka yang berada di negara ini....ingatlah zaman serba maju dan moden ini saya sering kali terdengar perkataan " SEKARANG TUHAN BAYAR CASH "....jadi bersabar lah, kita tengok aje, memang jika ikutkan hati memang geram...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan