Pengikut

Jumaat, 4 November 2011

SIAPA SAKIT JIWA..????!!!!!


Kenapa boleh jadi macam ini....bukankah hospital satu tempat merawat mereka yang sakit...mana silapnya?
Sedih membaca keratan akhbar pagi ini...saya sangkakan sebuah hospital merupakan tempat untuk memberi rawatan kepada mereka yang memerlukan..pelik bunyinya...jika di baca tajuk akhbar ini sudah pasti pihak yang bertanggungjawab sudah lagi tidak bertanggungjawab.

Ini lah yang di katakan sebab nila setitik rosak susu sebelanga...rasanya kakitangan yang bertugas ini menghadapi masalah peribadi yang tidak dapat dibendung hingga bertindak di luar kawalan...atau tajuk ini hanya untuk menghangatkan berita ini saja....?



Pada pendapat saya, walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh insan yang mempunyai tekanan jiwa ini, mereka tidak harus di hukum jika membuat kesalahan kerana beliau tidak boleh berfikir dengan waras.

Dan jika benar pihak hospital yang membuat kesilapan...perkataan tidak sengaja sebenarnya tidak timbul kerana kakitangan ini boleh berfikir dengan waras...pada mereka yang sakit mungkin tidak tahu mengadu jadi, dengan mudah mereka boleh mengatakan perkara ini berlaku dengan tidak di sengajakan untuk menutup kesalahan..

Memang diakui untuk merawat dan menjaga pesakit jiwa ini bukan satu pekerjaan yang mudah dan tidak semua orang boleh melaksanakan tugas tersebut. Diharap pihak pengurusan dan kakitangan lebih peka dan banyak bersabar serta ikhlas dalam menjalankan tugas dan melayan karenah mereka ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan