Pengikut

Selasa, 22 November 2011

MARUAH TERTEBUS....DENGAN EMAS

Malam tadi....seluruh kedai mamak kat tempat aku penuh, macam ada perayaan...dan aku percaya sama juga dengan tempat rakan-rakan blog semua....Apa yang menariknya malam tadi, dalam ramai manusia kat kedai yang aku pergi layan secara langsung ini...ada pulak satu couple duduk betul-betul belakan meja aku, orang indon....yang tak tahannya si suami tak bukak mulut langsung tapi si isteri tak boleh duduk diam. Apa lagi perang mulut lah jadinya. Di pendekkan cerita, mungkin si suami tak tahan, masa half time, beliau  mengajak si isteri tadi balik....sebaik saja mereka bangun...satu kedai menjerit mengatakan "GAME TAK HABIS LAGI OII "

Apa pun saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan negara kita kerana sekali lagi menjulang pingat emas untuk kali kedua....








Untuk APEK, gua caya sama lu....gua tahu lu boleh bikin punya kalau ala penalti....sebab lu punya style dan cara permainan macam kita punya spiderman.....All the best to you APEK, dan harapan saya apek boleh mengasingkan antara hal peribadi dengan kerjaya, jika mahu jadi SPIDERMAN The 2nd......










Tapi lagi besar harapan saya ialah kepada pihak pengurusan iaitu FAM.....kita sebenarnya mempunyai ramai bakat yang bertaraf dunia....tetapi jangan lah kita matikan bakat mereka ini dengan wang ringgit....sebagai salah seorang jurulatih bola yang mempunyai sijil dari FAM, saya amat faham dan masak dengan cerita bolasepak di negara kita....Ayuh dengan kemenangan ini dan akan menyambut tahun 2012....diharap pihak pengurusan lebih peka dengan rancangan yang baru dan tanganilah apa jua masalah tahun 2011 sebelum membuka lembaran baru di tahun 2012....

" BOLASEPAK ADALAH SATU SUKAN YANG MENJADI MARUAH SESEBUAH NEGARA, UNTUK MENJAGANYA KITA HENDAKLAH SANGGUP BERKORBAN KERANANYA "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan