Pengikut

Khamis, 20 Oktober 2011

BAGUS tidak mestinya TERBAIK

Kerajaan melalui Dewan Bahasa & Pustaka selalu menyeru kita untuk cintakan bahasa kebangsaan. Telah banyak di lakukan mereka untuk memperkayakan bahasa ini lebih-lebih lagi di bangku sekolah.

Kita sering mengambil contoh penggunaan bahasa yang betul samaada melalui pertuturan atau penulisan dari media masa, antara yang terbaik adalah Berita di kaca TV dan akhbar.

Mereka yang terlibat selalu nya amat peka apabila menerbitkan sesuatu rencana. Para penyuting di pertanggungjawabkan dalam menghasilkan berita yang baik.

Tetapi mari kita lihat dan bezakan antara dua akhbar di bawah ini...adakah rakan blog semua dapat mengesan kesilapan yang berlaku di salah satu akhbar ini...?




Jadi di harap pihak berkenaan hendaklah lebih peka lagi. Bukan tak boleh mengunakan perkataan ini, tapi kita kan dah belajar cara penggunaan "..." disekolah dulu untuk nama khas. Mereka yang arif bolehlah terima walaupun hanya menggunakan huruf besar di setiap awalan perkataan..tetapi anak-anak di bangku sekolah yang setiap pagi kita galakkan mereka membaca di pusat sumber akhbar harian ini akan bertanya kepada guru mereka mana yang betul. So fikir-fikirkan lah ya..." CINTAILAH BAHASA KEBANGSAAN KITA "

1 ulasan: