Pengikut

Khamis, 29 September 2011

BERBAKTI KE IKUT HATI ??

Salam buat semua, tangan ni rasa tak boleh diam kalau tak menaip.

Cuba lah kita lihat papan tanda had kelajuan ini. Ini lah rakyat 1MALAYSIA, rasa nya banyak lagi papan tanda yang menerima nasib yang sama dan berbagai cara telah di lakukan oleh kerajaan tempatan untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.




Tapi lain pula yang berlaku kepada papan tanda ini, jika di teliti ianya di adakan kerana ada kawasan sekolah di hadapan, dengan jalan yang lurus...kelajuan kenderaan di sini ada yang mencecah 100km sejam.

Tapi kenapa boleh jadi begini ?...tindakan penduduk setempat seolah-olah membelakangkan sikap sayang kan anak mereka atau lebih tepat lagi nyawa anak mereka....Ya la, zaman ni zaman mengejar masa...jika lambat akan mengalami kerugian ratusan ringgit..." MASA ITU EMAS"

Mungkin ada rakan blog yang menunding jari dan mengatakan anak muda yang melakukan perkara ini...tapi cuba lihat foto yang lain....apa yang dapat rakan blog rumuskan..?


Ya...ini lah jawapannya, kerana sayangkan duit dan ingin berbakti kepada pemandu lain, mereka sanggup berbuat demikian. Mungkin mereka boleh memberi alasan bahawa papan tanda tidak jelas apabila menerima surat saman nanti. Saya di fahamkan lokasi ini telah menjadi satu lokasi yang selalu diadakan perangkap laju, dalam seminggu, dua atau tiga kali mereka akan bertugas.

Kepada pegawai bertugas diucapkan jutaan terima kasih kerana menjalankan tugas dengan sabar walau pun kehadirannya tidak di senangi penduduk setempat. BAKTI ANDA UNTUK KESELAMATAN SEMUA TERUTAMA ANAK-ANAK SEKOLAH AMAT DI HARGAI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan