Pengikut

Selasa, 20 September 2011

Apa patut kita buat ?

 Salam untuk semua, Terlebih dahalu mari lah kita membaca Al-Fatihah buat adik Muhammad Fakhrul semuga roh nya berada di sisi orang2 yang disayang Allah.

                                               sumber harian metro 19/09/11 - edisi utara

Cerita saya kali ini adalah mengenai "mobile tiang gol", teringat saya ketika ke sekolah dulu tiang gol hanya menggunakan kayu yang di tanam ke dalam tanah dan seingat saya tidak pernah dengar sesiapa pun mati di hempap tiang gol...sekarang....? apa yang telah berlaku, di mana silap nya dan haruskah kita tunggu dan lihat lagi perkara yang sama berlaku...cuba kita bayangkan anak kita yang lengkap dengan pakaian sukan ke sekolah atau padang tidak balik pada tengahari atau maghrib untuk selamanya....tak ada lagi laungan.."Ali balik dah maghrib ni'''sambung esok pulak" fikir-fikir kan lah...

Apa yang silap nya ? adakah pihak Kerajaan tempatan, Kementerian Pelajaran hanya akan berdiam diri dan terus melihat angka ini terus meningkat...2000 seorang, 2008 seorang, 2010 seorang dan 2011 satu lagi (sember harian metro).

Adakah kerana kawasan sekolah di dirikan di atas tanah yang terhad hingga semua kegiatan menggunakan padang yang sama...so "mobile tiang gol" ini senang di usung kesana kesini...atau mungkin pemaju ingin mengaut untung yang banyak sehingga tidak ada langsung padang permainan di sediakan...kalau macam tu kita kena back to basic la guna tiang kayu yang ditanam...sebab masing-masing tidak mahu bertanggung jawab memikirkan keselamatan bakal pemimpin negara bila mereka berada di padang permainan.

Diharap pihak-pihak tertentu berusaha lah dengan bersungguh-sungguh untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi...Kalau masih menggunakan "mobile tiang gol" ni perlu jaga ciri-ciri keselamatannya. jangan lah sampai Perdana Menteri arah baru  nak mengelabah....tak payah lah nak suruh dia fikirkan perkara ini...kesian dia banyak lagi perkara yang besar-besar yang perlu beliau fikirkan....so renung-renung kan lah.

1 ulasan: